Last updated June 07, 2024

About Us

No. Pendaftaran SSM : 202501001198 (1602612-U)

Welcome to SeedKind.

Kami menyediakan penyelesaian inovatif melalui platform digital, perisian, produk dan perkhidmatan yang menyokong kempen berimpak dan inisiatif kebajikan.

Seedkind Platform

Seedkind ialah sebuah platform pendanaan awam yang menghimpunkan kempen kebajikan dan komuniti. Platform ini memudahkan orang awam menyalurkan sumbangan dengan yakin, selamat dan beramanah, sambil memastikan dana disampaikan ke tempat yang benar-benar memerlukan melalui pengurusan yang telus dan bertanggungjawab.
 
Diasaskan oleh Encik Aulia Rahman Zulkarnaini, Seedkind ditubuhkan daripada hasrat mendalam untuk memacu inovasi dan perkembangan dalam sektor kebajikan yang memerlukan pendekatan baharu, lebih tersusun dan berimpak tinggi. Perjalanan ini diperkukuhkan dengan bimbingan Dr. Wan Nur Fazni Wan Mohamad Nazarie, selaku pengasas bersama dan penasihat strategik, yang berperanan penting dalam memastikan setiap langkah Seedkind kekal selari dengan misi serta nilai teras integriti, ketelusan dan kepercayaan.
 
Ditubuhkan pada September 2024, Seedkind hadir sebagai sebuah platform yang menyediakan alat, rangka kerja dan sokongan praktikal untuk merealisasikan idea-idea berpotensi — sama ada bagi keperluan individu, projek komuniti mahupun inisiatif kebajikan berskala lebih besar. Kami berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan mereka yang ingin membantu dengan mereka yang memerlukan, di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
Keistimewaan Kami

Seedkind menjalinkan kerjasama strategik bersama organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO) yang diperakui dan dipercayai bagi memastikan setiap dana yang dikumpulkan disalurkan secara tepat, berintegriti dan beramanah.

Keistimewaan Seedkind turut terletak pada aspek tadbir urus dan penjagaan dana awam. Kami bekerjasama dengan Rakyat Trustee Berhad sebagai pemegang amanah dana bagi memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara profesional, telus dan berlandaskan mengekalkan kepercayaan masyarakat.

Seedkind merupakan sebuah gerakan pendanaan awam yang membina ekosistem bantuan mampan dan berimpak. Proses aliran dana kami dibangunkan melalui satu kerangka tersendiri yang telah didaftarkan hak cipta di MyIPO selaras dengan Akta Hak Cipta 1987, melalui karya “I-Crowdfunding Platform”, iaitu sebuah platform pendanaan awam Islamik.

Visi

Visi Seedkind adalah membangunkan ekosistem sektor ketiga yang berintegriti dengan menjadikan Seedkind sebagai platform pusat sumbangan awam yang menghimpunkan kempen dan penyumbang secara telus dan beramanah.

Misi

Menyediakan platform yang mudah, selamat dan mesra pengguna bagi meningkatkan keyakinan penderma untuk menyumbang dengan tenang dan yakin.

Menjamin ketelusan setiap kempen di dalam platform melalui proses penilaian dan semakan yang rapi sebelum dan sepanjang kempen dijalankan.

Memastikan setiap sumbangan disalurkan dengan amanah agar dana yang didermakan sampai kepada pihak yang benar-benar memerlukan.

Merealisasikan pertolongan yang berimpak dengan membantu setiap kempen mencapai matlamat yang ditetapkan demi manfaat penerima.

Nilai Teras Kami

Nama Seedkind diinspirasikan daripada perkataan Arab “Siddiqin”, yang membawa maksud benar dan jujur. Nilai inilah yang menjadi asas kepada segala yang kami lakukan — integriti, ketelusan, dan kepercayaan.

Kategori Bantuan

Platform Seedkind terbuka kepada pelbagai kategori penerima manfaat, termasuk:

Pendidikan

Masjid

Bencana Alam

Kemanusiaan

Alam Semula Jadi

Kesihatan

Komuniti

Haiwan

Scroll to Top

Manage Your Donation via Our App

Scan me with your phone camera to download or login to the Seedkind app.

Get in on

Google Play

Download on the

App Store

mega888